Loading

Cara install file *.rpm dalam ubuntu : Alien

Disember 16, 2009

Sekali-sekala dikala mencari aplikasi penting untuk sistem linux ubuntu, adakalanya kita akan terjumpa file berektensi rpm (*.rpm). Beginilah cara-cara bagaimana prosedur mudah menginstalasi file RPM.

Install Alien
Alien adalah program converter yang bole menukar rupa file berformat rpm, dpkg, stampede slp, and slackware tgz.
  • Install menggunakan Terminal, dengan command:
sudo apt-get install alien

atau menggunakan Synaptic Package Manager [gambar], Mark for Installation & klik Apply.

Install file .rpm
Oleh kerana program ini adalah converter, cara install file .rpm tentunya dengan meng-convertkan file ini kepada .deb; iaitu file package installer biasa bagi ubuntu.
  • Pergi ke folder/direktori dimana file .rpm teletak menggunakan Terminal;
cd /namafolder1/namafolder2
  • Convert file .rpm kepada file .deb sebagai root;
sudo alien -k -d namafile.rpm
*namafolder1, namafolder2, namafile adalah nama file & folder anda
tips: guna command ' alien --help ' untuk lihat option & arahan tambahan jika mahu convert lain-lain jenis file kepada file .deb


Run .deb
  • Seperti biasa double click file *.deb untuk install pakej yang asalnya .rpm tadi
  • Boleh juga guna command ini jika anda gemar menaip:
$sudo dpkg -i namafile.deb
cara ini berkesan ketika saya mencubanya pada file installer avg anti-virus .rpm

blog comments powered by Disqus