Loading

Tulisan Jawi / Arab dalam Ubuntu : onBoard

Februari 04, 2010

Tulisan Jawi sudah ada, tetapi tiada keyboard Jawi.
Bagi memudahkan kerja, guna onBoard dengan kekunci Jawi sebagai panduan
Cara guna onBoard
onBoard adalah keyboard antaramuka virtual dalam Ubuntu. Boleh tambah pada Menu:
  • Klik kanan pada Menu / Applications
  • Edit Menus > Universal Access
  • Tik pada onBoard & onBoard Settings (gambar)



Tambah / Install Onboard Tulisan Arab
  • Muat turun file ini. [ Download ]
  • Extract fail arab.sok.tar.gz tersebut
  • Buka Terminal atau Run Application [ Alt+F2 ]
  • Copy paste command ini:
gksudo nautilus /usr/share/onboard/layouts
  • Copy segala isi dalam folder arab.sok & paste kedalam folder yang dibuka dengan command tadi.
  • Pergi ke Applications untuk run onBoard Settings
  • Pada tab Layout, klik Arabic
Run onBoard untuk guna sebagai panduan huruf Jawi jika anda tiada keyboard Jawi.
Baca...

Tulisan Jawi / Arab dalam Ubuntu : Install

Install & Guna Tulisan Jawi / Arab di Ubuntu

Bagaimana mengaplikasi tulisan Jawi / Arab dalam Ubuntu?
Install Bahasa Arab
  • Pergi ke System > Administration > Language Support
  • Klik pada Install / Remove Language
  • Pilih Arabic
  • Klik Apply untuk install & tunggu sehingga siap
 
Enable keyboard layout tulisan Jawi
  • Pergi ke System > Preferences > Keyboard
  • Klik Add pada tab Layout
  • Pilih Arabic ( seperti gambar )

Tambah Keyboard Indicator
  • Bagi memudahkan pemiilihan papan kekunci tambah keyboard indicator
  • Klik kanan pada Panel
  • Add to Panel
  • Pilih Keyboard Indicator
 
  • Klik pada indicator tersebut untuk menukar layout keyboard anda sesuka hati.
Buka apa-apa aplikasi berkaitan tulisan ( cth,: open office word ) & cuba taip.
Agak sukar guna jikalau tiada keyboard dengan huruf Jawi. Boleh guna onBoard sebagai panduan
Baca...

Bagaimana menonton video Youtube tanpa Flash - Firefox

Disember 26, 2009

Cara alternatif untuk menonton video Youtube tanpa menggunakan flash player tatkala menggunakan Mozilla Firefox.

Hanya install add-ons & skrip berikut pada Firefox anda:
Video Youtube akan dimainkan menggunakan aplikasi Movie Player dalam Firefox. Terdapat link-link yang mempunyai fungsi-fungsi tambahan seperti download & tonton menggunakan Flash Player yang bakal memudahkan anda.

Walaubagaimanapun ketika kami mencubanya kelajuan stream video agak perlahan & sangkut-sangkut. Mungkin kerana speed internet / pc yang buruk.
Selamat mencuba.

[sumber asal: ubuntugeek.com]
Baca...

Facebook Chat di Desktop Ubuntu : Pidgin

Disember 16, 2009

Ramai yang suka menggunakan fungi chat / sembang melalui laman Facebook. Sebagai pengguna desktop Ubuntu, anda sebenarnya boleh menggunakan Pidgin sebagai aplikasi chat untuk Facebook Chat. Walaupun Pidgin telah digantikan dengan Empathy sebagai software instant messaging yang disokong Canonical pada Ubuntu baru, ia masih boleh didapati dari Synaptic Package Manager. Pos ini mengenai bagaimana install pidgin dan plugin untuk Facebook Chat.

Install Pidgin
  • Cari & install saja dari Ubuntu Sofware Center / Synaptic Package Manager atau command pada Terminal:
      sudo apt-get install pidgin
      • Atau download dari website Pidgin, dan ikut arahan.
      Download Plugin
      • Download plugin untuk pidgin
      • Double click file yang telah di download untuk run .deb installer.
      • Klik Install

      Tambah Akaun Facebook Chat
      • Run Pidgin
      • Pergi ke Accounts>Manage Account>Add.. [gambar]
      • Masukkan data account dan password anda.



      Yang bagusnya Pidgin juga boleh digunakan dalam Windows.
      Baca...

      Persiapan bagi menyelesaikan masalah process yang hang atau tidak respon

      Disember 10, 2009

      Tips persiapan untuk kill/terminate/end software, application, process yang hang / tidak respon untuk ubuntu.
      Jika anda tahu dan sedar hanya 1 atau 2 process, software atau application yang membuat perangai ini adalah persediaan menghadapi situasi yang tidak dijangka;

      1. Tambahan launcher Force Quit pada panel boleh membantu

      Right-click mana-mana pada panel - Add to panel - Force Quit.



      2. Tambahan Gnome System Monitor shortcut-key / key-binding metacity pada gconf-editor:

      Alt-F2 - buka run application window
      type gconf-editor untuk run Configuration Editor


      cari app>metacity>keybinding_command, type "gnome-system-monitor" pada mana-mana command (contoh gambar: command_1)



      pergi ke app>metacity>global_keybinding - run_command_1 dan masukkan key pilihan anda. seperti gambar contoh [Home] :

      Dengan ini anda sudah membuat key penganti seperti [ Ctrl+Alt+Del ] Task Manager di windows.
      Ini dapat memudah & memantaskan kerja-kerja kill, stop, terminate process yang berhenti respon.

      Jika komputer anda berada di tahap kritikal, Teknik ini mungkin membantu.
      Baca...

      Menyelesaikan masalah desktop yang hang atau tidak respon

      Tips menghadapi ubuntu yang tidak respon / hang

      Software, application, panel, ataupun seluruh ubuntu sudah tidak mahu bekerja?
      Jikalau di windows key Ctrl + Alt + Del adalah penyelesaiannya. Ctrl + Alt + Del di ubuntu hanya memaparkan window shutdown, hibernate dan restart.
      Berikut adalah key ajaib ( MagicSysKey ) bagi menghadapi ubuntu yang crash atau tidak respon



      Cara penyelesaian:
      Cuba bunuh semua process yang ada:
      • Alt + SysRq + k
      Apa kejadahnya key SysRq? key SysRq = Prt Scr.
      Jika tiada hasil, lakukan procedure drastik sebelum reboot PC:
      • Alt + SysRq + r - mode raw keyboard
      • Alt + SysRq + e - terminate semua process
      • Alt + SysRq + i -  kill process yang degil
      • Alt + SysRq + s - syncs disk
      • Alt + SysRq + u - mount semula filesystem sebagai read only
      • Alt + SysRq + b - reboot
      • Alt + SysRq + o - shutdown!

      Tetapi, ini hanya perlu jika komputer anda benar-benar degil dan lupa diri. Jika hanya 1 atau 2 process sahaja yang hang atau tidak respon. Teknik ini mungkin lebih berkesan.
      Baca...

      Interface baru desktop weblog client : BloGTK 2.0

      Disember 07, 2009

      Teknik mudah dan pantas menulis blog: blogtk weblog client dengan interface baru;
      BloGTK 2.0 dari pakej persendirian (PPA) Launchpad jayreding yang tidak disokong dan dipercayai oleh sistem ubuntu.
      Video installasi dan penggunaan terhadap blogger:


      Baca...

      Reset desktop ubuntu/gnome kepada asal tanpa format

      Disember 03, 2009

      Sebagai insan yang memilih untuk menggunakan ubuntu atau linux sebagai sistem operasi, ternyata insan tersebut (contohnya; duece, beng) adalah insan yang boleh dianggap gatal tangan dan gemar membuat modifikasi kepada benda-benda yang sedia ada.

      Perkara biasa yang berlaku kepada sang gatal tangan yang menggunakan ubuntu ialah - setting desktop / gnome menjadi kelam kabut / rosak / tak respon terus ketika sesi desktop atau ketika baru nak login.

      Jangan takut, gelabah,  marah, atau menangis dan jangan format PC anda. Bawa bertenang. Ada penyelesaiannya;

      Tekan hotkey Ctrl + Alt + F1 untuk masuk ke konsol terminal. (atau Ctrl + Alt + F2/F3/F4/F5/F6 sebab ada 6 konsol terminal, pilih yang mana suka)

      Padam folder setting berkaitan desktop yang telah diganggu secara sengaja oleh tuan punya PC, menggunakan command:
      rm -rf .gnome .gnome2 .gconf .gconfd .metacity
      * command ini men-delete folder .gnome .gnome2 .gconf .gconfd .metacity.

      Tekan key Ctrl + Alt + F7 untuk kembali kepada GUI desktop.
      Login seperti biasa. wuhu, Desktop kembali seperti baru install.

      Teknik ini juga mungkin boleh digunakan untuk me-reset setting atau config aplikasi lain tetapi pastikan rujukan pakar dibuat dahulu melalui internet.

      "Tapi camne nk tengok internet kalau desktop pon dah tak boleh masuk?".

      Heh, boleh lagi guna internet pakai terminal, download web browser yang boleh diguna dalam konsol macam elinks, lynx, atau links2.
      install & run melalui terminal: 
      sudo apt-get install elinks
      elinks

      wuhu, Dah boleh cari cara selesaikan masalah dari google.
      Tidak perlu reboot / format / boot windows.

      "pancing ikan guna joran, bukan senapang. senapang bunyi kuat, orang kampung marah, lagipun susah nak tembak ikan dalam air"
      Baca...

      Cara-cara Install Ubuntu 9.10 - Noob Guide

      November 24, 2009

      Pastikan Anda telah menyediakan sebahagian Partition khusus untuk Ubuntu anda. *( Encik Google mungkin membantu )

      Persiapkan batin & rohani anda dengan pengetahuan berikut.

      • cara-cara buat partition
      • cara-cara untuk boot dari Cd-rom
      • ketenangan jiwa
      • kesucian jiwa yang bersih dan ketabahan hati yang cekal dan jitu.
      • dimana ada kemahuan di situ ada jalan..
      Langkah-langkah :



      • Restart > Pilih First Boot Cd Rom > Enter Setup


      • Sebelum Menu Ini > Choose Langguage Dahulu > Kemudian Pilih " Install Ubuntu "


      • Zone Time > Buat Pilihan Anda > Forward.
      • Menu Keyboard Layout > Forward.

      MENU PREPARE DISK SPACE

      • Pastikan Anda memilih > "MODIFY PARTITION MANUALLY" >FORWARD
      • Demi keselamatan file anda!! Trust me!


      MENU PREPARE PARTITION
      • Pastikan Anda Memilih Partition Yang Anda Telah Sediakan Untuk Installasi Ubuntu ini.
      • Setelah Memilih > klik pada button " CHANGE "
      • MENU EDIT PARTITION AKAN MUNCUL
      • PASTIKAN ANDA IKUTI Setting seperti gambar dibawah ini :


      • dah siap Setting ? .> jangan tunggu lagi > Klik OK
      • Klik Finish > Forward



      • /> Continue.



      • Jawab Soalan Berikut dengan Hati Yang JUJUR! > Forward



      • Jangan Layankan sangat > klik CONTINUE
      • *anda pasti selamat!



      • Migrate Document Setting.* Saya tidak galakkan
      • *Kalau mahu cuba boleh saja , Klik pada menu tersebut .
      • *Menu Ini Akan Mengimport data dalam Account User jika anda mempunyai OS lain Selain Ubuntu.
      • Kesannya : Masa installasi yang agak lama
      • *teruskan Dengan > FORWARD !

      • READY TO INSTALL? > INSTALL !



      Durasi Masa Untuk Laptop Saya Hanya 8 minit sahaja selepas saya klik INSTALL untuk install Ubuntu Ini.
      Spesifikasi Laptop :
      Acer Aspire 4920
      Intel c2d T5750
      3gb ram
      GM965 Chipset.



      • Restart Now!.
      • Nikmati Kehidupan UBUNTU !



      Selesai Sudah!
      Baca...