Loading

Skrip Auto Shutdown ( Sleep ) Timer Linux

Januari 21, 2010

Skrip Auto Shutdown Timer ( Sleep ) - shell script + zenity pada Ubuntu Linux


Jangan bazir elektrik. Padamkan PC bila tidak digunakan .
Skrip mudah ini dapat membantu mematikan komputer mengikut masa yang diberikan.
Oleh kerana tabiat buruk membiarkan PC hidup 24 jam sehari semakin menjadi-jadi bagaikan tabiat merokok, Aku mengambil langkah menulis skrip ini untuk mematikan sistem Ubuntu Karmic Koala aku secara automatis. Sekarang baru boleh dengar mp3 sebelum tidur di PC. Skrip ini menggunakan Zenity sebagai GUI & command shell script .
Ada 2 mode shutdown timer dalam skrip ini:
  1. Schedule shutdown timer - shutdown pada masa yang diberikan ( format 24 jam hh:mm )
  2. Countdown shutdown timer - shutdown selepas  ( mm ) minit yang ditetapkan.

Screenshot


Pilih mode shutdown timer 

schedule mode - masukkan masa shutdown hh:mm dalam format 24jam
 
countdown mode - masukan nilai minit sebelum shutdown 

 Batalkan proses shutdown

Download
  • Download Auto-shutdown.zip disini.
  • Jikalau tiada Zenity pada sistem anda, bole install menggunakan Terminal:
sudo apt-get install zenity
Ada 2 fail shell script didalam folder - Auto-shutdown & Cancel-shutdown

Install & Cara guna

  • Extract Auto-shutdown.zip pada mana-mana lokasi.
  • Klik Kanan, pilih extract here [seperti gambar di bawah]

  • Cut & paste folder Auto-shutdown yang telah di extract ke ~/.Gnome2/nautilus-scripts [seperti gambar di bawah]


  • Pilihan Auto-shutdown akan muncul pada menu klik kanan > Scripts  [seperti gambar di bawah]
  • Boleh menggunakan skrip ini dengan pilihan Auto-Shutdown atau batalkan arahan shutdown timer menggunakan pilihan Cancle-Shutdown.

  • Pastikan kedua-dua skrip diberikan kebenaran execute file as program. 
  • Klik kanan pada file skrip ( Auto-Shutdown & Cancel-Shutdown ) > Cari Permissions tab & tanda checkbox “Allow executing file as program” .
 


Nota: Skrip ini telah ditulis & diuji menggunakan sistem Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Mungkin boleh digunakan juga pada Linux distros yang lain. Aku bukan seorang programmer & ini kali pertama tulis scripts guna Zenity interface. Jika ada yang salah jangan segan silu untuk komen.
Baca...

Install Photoshop CS4 dengan Wine pada Karmic Koala

Disember 13, 2009


Photoshop CS4 boleh digunakan pada ubuntu dengan beberapa modifikasi. Demo video dan langkah-langkah cara instalasi CS4 pada sistem Ubuntu menggunakan wine.

Langkah-langkah :
Install Wine 1.1.17
rm -r ~/.wine winecfg
  • Download winetricks, script tambahan untuk install Software Wine.
wget http://www.kegel.com/wine/winetricks
chmod +x winetricks
./winetricks msxml6 gdiplus gecko vcrun2005 ie6
Install Microsoft TTF fonts
  • Microsoft TTF fonts sebagai penyedap mata, guna command ini di Terminal;
sudo aptitude install msttcorefonts
Tambah file atmlib.dll ke dalam Wine 
~/.wine/drive_c/windows/system32.
  • Pergi ke Place > Home Folder
  • Key CTRL + H untuk papar hidden folder Wine , iaitu .wine
  • Pergi ke (masih guna nautilus)  .wine > drive_c > windows > system32 
  • Tampal! file atmlib.dll ke dalam folder. 
  • Run winecfg lokasi: Application > Wine > Configure wine
  • Cari tab Libraries & Cari & tambah atmlib.dll ke dalam list.
  • Pastikan ianya registered as native (ubah entrinya jika bukan).
  • Selesai & Klik OK.

Install Photoshop CS4 :
Guna installer Photoshop CS4 Extended yang anda ada , run installer (setup.exe) menggunakan wine, command di Terminal;
LANG=C wine Setup.exe
contoh: user@ubuntu:~$ /home/user/CS4Installer/LANG=C wine Setup.exe
Jika installer itu bole run, maka layankan sahaja installer wizard CS4 seperti biasa.
Pabila sesudah selesai, anda boleh run Photoshop CS4 melalui Wine menggunakan application menu, ataupun menggunakan command ini di Terminal:
env WINEPREFIX="~/.wine" wine "C:\Program Files\Adobe\Adobe Photoshop CS4
Baca...

Interface baru desktop weblog client : BloGTK 2.0

Disember 07, 2009

Teknik mudah dan pantas menulis blog: blogtk weblog client dengan interface baru;
BloGTK 2.0 dari pakej persendirian (PPA) Launchpad jayreding yang tidak disokong dan dipercayai oleh sistem ubuntu.
Video installasi dan penggunaan terhadap blogger:


Baca...

Ubuntu menjelma jadi Windows XP

Disember 04, 2009

Pelik tapi benar!
Kenapa, bagaimana, siapa, bila dan buat apa nak tukar rupa ubuntu jadi windows xp?. Mungkin kerana mamat yang buat skrip XPGnome ini cuba membuktikan sesuatu yang sukar difahami oleh insan biasa.



Jika ingin cuba;
download fail XpGnome.tar.gz skrip. Klik-kanan, pilih "Extract here", Buka folder, double click "InstallXpGnome.sh" dan pilih "Run".

Pap!. kembali ke zaman Windows XP, login screen, start menu, my computer, recycle bin semua cukup, cuma belum boleh run Illustrator CS4.
Baca...