Loading

Lucid Lynx 10.04 LTS Sedia!

April 29, 2010

Lucid Lynx 10.04 long term support sudah dilancar. Boleh upgrade atau download .iso dari
http://releases.ubuntu.com/releases/10.04/


Ubuntu 10.04 Manual - http://ubuntu-manual.org/ 
Baca...

Skrip Auto Shutdown ( Sleep ) Timer Linux

Januari 21, 2010

Skrip Auto Shutdown Timer ( Sleep ) - shell script + zenity pada Ubuntu Linux


Jangan bazir elektrik. Padamkan PC bila tidak digunakan .
Skrip mudah ini dapat membantu mematikan komputer mengikut masa yang diberikan.
Oleh kerana tabiat buruk membiarkan PC hidup 24 jam sehari semakin menjadi-jadi bagaikan tabiat merokok, Aku mengambil langkah menulis skrip ini untuk mematikan sistem Ubuntu Karmic Koala aku secara automatis. Sekarang baru boleh dengar mp3 sebelum tidur di PC. Skrip ini menggunakan Zenity sebagai GUI & command shell script .
Ada 2 mode shutdown timer dalam skrip ini:
  1. Schedule shutdown timer - shutdown pada masa yang diberikan ( format 24 jam hh:mm )
  2. Countdown shutdown timer - shutdown selepas  ( mm ) minit yang ditetapkan.

Screenshot


Pilih mode shutdown timer 

schedule mode - masukkan masa shutdown hh:mm dalam format 24jam
 
countdown mode - masukan nilai minit sebelum shutdown 

 Batalkan proses shutdown

Download
  • Download Auto-shutdown.zip disini.
  • Jikalau tiada Zenity pada sistem anda, bole install menggunakan Terminal:
sudo apt-get install zenity
Ada 2 fail shell script didalam folder - Auto-shutdown & Cancel-shutdown

Install & Cara guna

  • Extract Auto-shutdown.zip pada mana-mana lokasi.
  • Klik Kanan, pilih extract here [seperti gambar di bawah]

  • Cut & paste folder Auto-shutdown yang telah di extract ke ~/.Gnome2/nautilus-scripts [seperti gambar di bawah]


  • Pilihan Auto-shutdown akan muncul pada menu klik kanan > Scripts  [seperti gambar di bawah]
  • Boleh menggunakan skrip ini dengan pilihan Auto-Shutdown atau batalkan arahan shutdown timer menggunakan pilihan Cancle-Shutdown.

  • Pastikan kedua-dua skrip diberikan kebenaran execute file as program. 
  • Klik kanan pada file skrip ( Auto-Shutdown & Cancel-Shutdown ) > Cari Permissions tab & tanda checkbox “Allow executing file as program” .
 


Nota: Skrip ini telah ditulis & diuji menggunakan sistem Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Mungkin boleh digunakan juga pada Linux distros yang lain. Aku bukan seorang programmer & ini kali pertama tulis scripts guna Zenity interface. Jika ada yang salah jangan segan silu untuk komen.
Baca...

Facebook Chat di Desktop Ubuntu : Pidgin

Disember 16, 2009

Ramai yang suka menggunakan fungi chat / sembang melalui laman Facebook. Sebagai pengguna desktop Ubuntu, anda sebenarnya boleh menggunakan Pidgin sebagai aplikasi chat untuk Facebook Chat. Walaupun Pidgin telah digantikan dengan Empathy sebagai software instant messaging yang disokong Canonical pada Ubuntu baru, ia masih boleh didapati dari Synaptic Package Manager. Pos ini mengenai bagaimana install pidgin dan plugin untuk Facebook Chat.

Install Pidgin
  • Cari & install saja dari Ubuntu Sofware Center / Synaptic Package Manager atau command pada Terminal:
      sudo apt-get install pidgin
      • Atau download dari website Pidgin, dan ikut arahan.
      Download Plugin
      • Download plugin untuk pidgin
      • Double click file yang telah di download untuk run .deb installer.
      • Klik Install

      Tambah Akaun Facebook Chat
      • Run Pidgin
      • Pergi ke Accounts>Manage Account>Add.. [gambar]
      • Masukkan data account dan password anda.



      Yang bagusnya Pidgin juga boleh digunakan dalam Windows.
      Baca...

      Adobe Flash Player 10 64-bit Linux : Cara install ubuntu : update

      Disember 11, 2009



      UPDATE!
      Cara mudah: 

      Install menggunakan Launchpad PPA

      • Tambah PPA guna terminal: 
      sudo add-apt-repository ppa:sevenmachines/flash

      • Update dan install guna code ini di terminal: -

      sudo apt-get update
      sudo apt-get install flashplugin64-installer


      Cara manual: 


      • Download Adobe Flash Player 10 64-bit Linux.
      • Right click libflashplayer-10.0.42.34.linux-x86_64.so.tar.gz 
      • Pilih ‘extract here’.
      • Buka Terminal type command:
      locate libflashplayer.so
      Maka, ayat ini akan tertera (contoh):
      /usr/lib/flashplugin-installer/libflashplayer.so
      /usr/share/ubufox/plugins/libflashplayer.so
      • Buka folder di Nautilus sebagai root, menggunakan command di terminal:
      sudo nautilus /usr/lib/flashplugin-installer
      • Copy paste file libflashplayer.so ke dalam folder /flashplugin-installer tersebut menggantikan flash plugin lama.
      • Gunakan command sudo nautilus untuk buka folder lagi satu berdasarkan lokasi yang diberikan hasil command locate libflashplayer.so tadi.  Lokasi folder mungkin berbeza bagi sistem anda. Contoh:
      sudo nautilus /usr/share/ubufox/plugins
      • Ulangi aktiviti copy dan paste file libflashplayer.so ke dalam folder tersebut.
          Baca...

          Ubuntu menjelma jadi Windows XP

          Disember 04, 2009

          Pelik tapi benar!
          Kenapa, bagaimana, siapa, bila dan buat apa nak tukar rupa ubuntu jadi windows xp?. Mungkin kerana mamat yang buat skrip XPGnome ini cuba membuktikan sesuatu yang sukar difahami oleh insan biasa.



          Jika ingin cuba;
          download fail XpGnome.tar.gz skrip. Klik-kanan, pilih "Extract here", Buka folder, double click "InstallXpGnome.sh" dan pilih "Run".

          Pap!. kembali ke zaman Windows XP, login screen, start menu, my computer, recycle bin semua cukup, cuma belum boleh run Illustrator CS4.
          Baca...