Loading

Kongsi profile firefox antara OS : Ubuntu & Windows

Disember 11, 2009

Bookmark, add-ons, saved password malah form, search & web history boleh dikongsi atau disetarakan (sync) walaupun anda menggunakan dual atau multiboot (windows & ubuntu) di dalam sistem komputer anda. Caranya dengan perkongsian profile firefox anda.

Syaratnya:
Ada folder/partition/drive yang boleh dibaca & di-auto-mount oleh kesemua (kedua-dua) sistem operasi yang anda gunakan. Biasanya partition yang boleh digunakan ialah partition berformat ntfs kerana agar boleh dibaca oleh windows & ubuntu. Bagaimana mahu membuat auto-mount drive/partition, klik sini untuk caranya jika tidak tahu.


Langkah melibatkan sesi Windows and Ubuntu :

Dalam Ubuntu
  • Close/quit semua aplikasi firefox.
  • Buka Terminal &  guna command ini untuk run Firefox Profile Manager
firefox -profilemanager
window in akan keluar:

Pilih Create Profile... & Klik Next

  • Masukkan profile name anda cth.( "SharedProfile" - image )
  • Klik Choose Folder...
  • Pilih atau buat folder baru untuk file firefox profile dalam partition yang auto-mountable cth.(/media/sda1/FirefoxProfile - gambar)

  • Klik Finish.
  • Pilih Start Firefox jika mahu test.
Dalam Windows 7
  • Klik Start menu
  • taip "cmd" di search box untuk run command promp window (gambar)

  • Tukar directori ke drive C: dengan menaip command ini pada command prompt
cd\
  • Pergi ke windows firefox folder , biasanya di C:\Program Files\Mozilla Firefox\ guna command prompt;
cd "Program Files\Mozilla Firefox"
  • run/execute firefox profile manager dengan command ini:
firefox.exe -profilemanager


Maka, profile manager window akan tertera, agak sama seperti ubuntu
  • Piih Create Profile
  • Pilih folder - Pilih folder Firefox profile yang ada telah buat semasa dalam  (untuk contoh ini saya gunakan folder C:\FirefoxProfile)
  • Masukkan nama sebijik (serupa) seperti yang anda telah masukkan pada profile manager sesi ubuntu (bagi contoh ini namanya "SharedProfile")
  • Klik Finish.
  • Klik Start Firefox untuk run firefox.
Tips:
Cara cepat untuk anda tahu & yakin yang ada menggunakan profile yang sama dalam Windows dengan Ubuntu ialah dengan pergi ke:
Bookmarks [ Alt+b ]
dah "Ubuntu and Free Software links" patut tertera di folder bookmarks.
Bolehlah mula menginstall add-ons kesayangan anda & lihat perubahan pada sesi kedua-dua sistem operasi.

Teknik boleh juga diaplikasi untuk Windows XP .

blog comments powered by Disqus