Loading

Play file .3gp video + bunyi di Ubuntu : Medibuntu + Mplayer

Disember 22, 2009



*.3gp adalah format file multimedia apple yang biasanya digunakan oleh kebanyakan gadget mobile bagi playback atau merakam video. Bedasarkan pengalaman file .3gp ini gagal dimainkan ( biasanya masalah sound / bunyi / langsung tak boleh play ) oleh aplikasi Movie Player yang sedia ada dalam pakej Ubuntu Desktop. Berikut adalah beberapa langkah mudah bagi membolehkan video format 3gp dimainkan menggunakan aplikasi VLC atau SMplayer
  1. Tambah Medibuntu pada senarai repositories
  2. Install multimedia codec yang diperlukan
  3. Install VLC media player / SMplayer
  4. Buka file *.3gp menggunakan VLC media player / SMplayer
Langkah-langkah
  • Tambah list repository Medibuntu [copy paste command pada Terminal]
sudo wget --output-document=/etc/apt/sources.list.d/medibuntu.list http://www.medibuntu.org/sources.list.d/$(lsb_release -cs).list && sudo apt-get --quiet update && sudo apt-get --yes --quiet --allow-unauthenticated install medibuntu-keyring && sudo apt-get --quiet update
  • Install codec & media player dengan sekali hembus menggunakan command Terminal [copy paste sahaja command ini]:
sudo apt-get install w32codecs libamrnb3 amrwb amrnb libamrwb3 libamrwb-dev libamrnb-dev vlc mplayer smplayer
tukar w32codecs kepada w64codecs jika sistem anda 64bit.
  • Buka file .3gp menggunakan VLC media player atau SMplayer.
Semoga berjaya.

blog comments powered by Disqus