Loading

Skrip Auto Shutdown ( Sleep ) Timer Linux

Januari 21, 2010

Skrip Auto Shutdown Timer ( Sleep ) - shell script + zenity pada Ubuntu Linux


Jangan bazir elektrik. Padamkan PC bila tidak digunakan .
Skrip mudah ini dapat membantu mematikan komputer mengikut masa yang diberikan.
Oleh kerana tabiat buruk membiarkan PC hidup 24 jam sehari semakin menjadi-jadi bagaikan tabiat merokok, Aku mengambil langkah menulis skrip ini untuk mematikan sistem Ubuntu Karmic Koala aku secara automatis. Sekarang baru boleh dengar mp3 sebelum tidur di PC. Skrip ini menggunakan Zenity sebagai GUI & command shell script .
Ada 2 mode shutdown timer dalam skrip ini:

  1. Schedule shutdown timer - shutdown pada masa yang diberikan ( format 24 jam hh:mm )
  2. Countdown shutdown timer - shutdown selepas  ( mm ) minit yang ditetapkan.

Screenshot


Pilih mode shutdown timer 

schedule mode - masukkan masa shutdown hh:mm dalam format 24jam
 
countdown mode - masukan nilai minit sebelum shutdown 

 Batalkan proses shutdown

Download
  • Download Auto-shutdown.zip disini.
  • Jikalau tiada Zenity pada sistem anda, bole install menggunakan Terminal:
sudo apt-get install zenity
Ada 2 fail shell script didalam folder - Auto-shutdown & Cancel-shutdown

Install & Cara guna

  • Extract Auto-shutdown.zip pada mana-mana lokasi.
  • Klik Kanan, pilih extract here [seperti gambar di bawah]

  • Cut & paste folder Auto-shutdown yang telah di extract ke ~/.Gnome2/nautilus-scripts [seperti gambar di bawah]


  • Pilihan Auto-shutdown akan muncul pada menu klik kanan > Scripts  [seperti gambar di bawah]
  • Boleh menggunakan skrip ini dengan pilihan Auto-Shutdown atau batalkan arahan shutdown timer menggunakan pilihan Cancle-Shutdown.

  • Pastikan kedua-dua skrip diberikan kebenaran execute file as program. 
  • Klik kanan pada file skrip ( Auto-Shutdown & Cancel-Shutdown ) > Cari Permissions tab & tanda checkbox “Allow executing file as program” .
 


Nota: Skrip ini telah ditulis & diuji menggunakan sistem Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Mungkin boleh digunakan juga pada Linux distros yang lain. Aku bukan seorang programmer & ini kali pertama tulis scripts guna Zenity interface. Jika ada yang salah jangan segan silu untuk komen.

blog comments powered by Disqus