Loading

Reset desktop ubuntu/gnome kepada asal tanpa format

Disember 03, 2009

Sebagai insan yang memilih untuk menggunakan ubuntu atau linux sebagai sistem operasi, ternyata insan tersebut (contohnya; duece, beng) adalah insan yang boleh dianggap gatal tangan dan gemar membuat modifikasi kepada benda-benda yang sedia ada.

Perkara biasa yang berlaku kepada sang gatal tangan yang menggunakan ubuntu ialah - setting desktop / gnome menjadi kelam kabut / rosak / tak respon terus ketika sesi desktop atau ketika baru nak login.

Jangan takut, gelabah,  marah, atau menangis dan jangan format PC anda. Bawa bertenang. Ada penyelesaiannya;

Tekan hotkey Ctrl + Alt + F1 untuk masuk ke konsol terminal. (atau Ctrl + Alt + F2/F3/F4/F5/F6 sebab ada 6 konsol terminal, pilih yang mana suka)

Padam folder setting berkaitan desktop yang telah diganggu secara sengaja oleh tuan punya PC, menggunakan command:

rm -rf .gnome .gnome2 .gconf .gconfd .metacity
* command ini men-delete folder .gnome .gnome2 .gconf .gconfd .metacity.

Tekan key Ctrl + Alt + F7 untuk kembali kepada GUI desktop.
Login seperti biasa. wuhu, Desktop kembali seperti baru install.

Teknik ini juga mungkin boleh digunakan untuk me-reset setting atau config aplikasi lain tetapi pastikan rujukan pakar dibuat dahulu melalui internet.

"Tapi camne nk tengok internet kalau desktop pon dah tak boleh masuk?".

Heh, boleh lagi guna internet pakai terminal, download web browser yang boleh diguna dalam konsol macam elinks, lynx, atau links2.
install & run melalui terminal: 
sudo apt-get install elinks
elinks

wuhu, Dah boleh cari cara selesaikan masalah dari google.
Tidak perlu reboot / format / boot windows.

"pancing ikan guna joran, bukan senapang. senapang bunyi kuat, orang kampung marah, lagipun susah nak tembak ikan dalam air"

blog comments powered by Disqus