Loading

Folder "Program Files" dalam ubuntu : asas struktur direktori

Disember 03, 2009

Kisahnya;
Seorang budak baru pakai ubuntu, budak tu tanya satu soalan yang susah nak jawab. Soalan nye berbunyi " kalau kat ubuntu kat mane folder program files die?". Dengan yakin aku jawab " tah la, aku pon tak tau.". Setibanya dirumah aku pun google dan kaji.


Hasilnya.
Rumusan mudah struktur direktori linux/ubuntu.

Linux - semua filesystem yang terkandung dalam satu hirarki direktori. Direktori root [ / ] adalah direktori tingkat teratas, dan semua subdirektori membentuk hirarki direktori. Partisi, device, fail sistem, folder,dll adalah "benda" didalam root. 

MS-Windows - setiap device/partisi mempunyai hirarki sendiri dan terpisah antara satu sama lain. OS/fail sistem, folder, dll adalah "benda" didalam partisi/device.

  • /bin - aplikasi binary, sebagian besar fail executable (sama seperti .exe dalam ms-windows)
  • /sbin - aplikasi binari untuk sistem sahaja (menyerupai /bin)
  • /lib - fail library kepada sistem/aplikasi
  • /usr – segerombolan file untuk aplikasi yang digunakan user biasa, mengandungi folder /bin, /doc, dll (melayakkan folder ini dianggap program files folder kepada ubuntu).
  •  /usr/local/bin – tempat untuk meletakkan program anda sendiri yang tidak akan di-overwrite semasa upgrade.
  • /usr/share/doc – dokumentasi kepada program-program.
  • /home – fail dan folder untuk User.
  • /root – "Home" folder untuk user root
  • /boot - fail yang diperlukan untuk boot (seperti kernel, dll)
  • /dev - lokasi device anda (semuanya dari hdd,usb hingga ke display)
  • /etc - hampir setiap konfigurasi fail sistem anda
  • /etc/profile.d - berisi script yang dijalankan oleh /etc/profile pada login.
  • /etc/X11 - fail konfigurasi untuk sistem X Window.
  • /lost+found – file-file yang hilang entah kemana.
  • /media – device seperti cdrom, kamera digital, dll yang telah di mount
  • /mnt – file sistem yang telah di mount
  • /proc – direktori dinamik termasuk maklumat tentang proses dan pendaftaran
  • /sys – mengandungi maklumat tentang sistem
  • /tmp – fail sementara
  • /var – fail log, database, dsb


Rumusan ini adalah bedasarkan pembacaan sekali imbas daripada beberapa sumber mudah seperti ubuntugeek.com, comptechdoc.org dan google. Google lah sendiri jika mahu tahu lebih lanjut.

blog comments powered by Disqus